Translate

Rabu, 2 April 2014

Sejarah..

Sejarah Penubuhan.


Di asaskan daripada kesinambungan SRA Seksyen 11, Shah Alam yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1984 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada ketika itu hanya 2 orang guru yang berkhidmat iaitu Ustaz Kamaruddin Bin Ngah Basir (Guru Besar) dan Ustaz Munim Bin Hj Mokhtar (Pembantu). Sebelum tertubuhnya SRA Seksyen 3 pada tahun 1997 murid-murid telah ditumpangkan di 8 buah bilik darjah di bangunan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ).

            Setahun selepas itu pihak sekolah telah menggunakan Surau Seksyen 3 dan Seksyen 4 untuk menempatkan murid-murid sesi pagi dan petang. Pada tahun 1991, SRA Seksyen 3 telah siap dibina dan murid-murid diarahkan untuk berpindah ke sekolah tersebut secara berperingkat. Namun demikian bangunan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

            Pada tahun 1993, pihak sekolah telah memohon kerjasama dari Masjid Negeri dan Surau Seksyen 4 untuk menampung kekurangan tempat belajar. Pada Oktober 1994, bangunan tambahan 1 tingkat  yang mempunyai 7 bilik darjah telah siap dibina dan murid-murid yang dahulunya menumpang di SAMTTAJ Shah Alam dipindahkan ke bangunan tersebut. Pada bulan Disember 1994 sebuah SRA  telah ditubuhkan di Seksyen 19. Oleh itu, pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan perindustrian dipindahkan ke sekolah tersebut.

            Pentadbiran pada peringkat awal diterajui oleh Ustaz Hj Abdul Halim Bin Harun bermula pada tahun 1984 hingga ke tahun 1994. Selepas 1 Julai 1994, Ustaz Sanusi Bin Sojo telah mengambil alih tampuk kepimpinan sekolah bagi meneruskan kegemilangannya.  Beliau telah bersara pada tahun 1999 dan tugas Guru Besar di pangku oleh Ustaz Mohd Don Bin Raban sehingga Mac 2000

            Pada 1 April 2000, Ustaz Maskor Bin Hj Jemenin telah ditugaskan sebagai Guru Besar yang baru. Beliau telah meneruskan usaha untuk menaiktaraf dan memohon bangunan tambahan bagi menampung pelajar 500 orang murid yang terpaksa menumpang belajar di SK Seksyen 6 ( 1 ) dan menggunakan sebanyak 10 bilik darjah di sekolah tersebut. Akhirnya pada 1 Mac 2002, peruntukan sebanyak 1.95 juta telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri untuk membina 2 blok bangunan tambahan yang mempunyai 30 bilik darjah, bilik mesyuarat dan surau serta kelengkapan lain. Bangunan tersebut telah siap dan dapat digunakan untuk sesi persekolahan pada tahun 2003.

            Pada tahun 2007, Ustaz Zaidi Bin Mohd Nusran telah menggantikan Ustaz Maskor Bin Hj Jemenin yang berpindah ke SRA Kg Melayu Subang. Di bawah pentadbiran Ustaz Zaidi Bin Mohd Nusran dengan kerjasama pihak PIBG sekolah, Bilik ICT, Bilik Gerakan PIBG dan kerja menaiktaraf Dewan Al-Falah serta Bilik Guru Perempuan dan Lelaki telah dapat direalisasikan.

            Pada 1 Mei 2010 Puan Azlinah Bt Hj Paiman telah ditugaskan sebagai Guru Besar menggantikan tempat Ustaz Zaidi Bin Mohd Nusran. Semasa pentadbiran beliau, infrastruktur dan prasarana sekolah terus di pertingkat dan di naiktaraf. Pada tahun 2011, SRA Seksyen 3 telah mendapat peruntukan dari Lembaga Zakat Selangor untuk baikpulih dan mengecat bangunan. Selain dari itu penambahan tempat wuduk bagi murid lelaki antara Blok A dan Blok B.

            Dengan kedudukan yang strategik di tengah-tengah pusat bandaraya Shah Alam, SRA Seksyen 3, telah dipilih sebagai pusat kegiatan guru (PKG) bagi daerah Petaling. Bagi tujuan itu, sebarang aktiviti samada kursus, bengkel, mesyuarat atau seminar guru-guru daerah Petaling dijalankan di SRA Seksyen 3. Dengan dana kewangan sedia ada pihak sekolah sentiasa memastikan kemudahan infrastruktur terus diambil berat khususnya bagi warga sekolah.

            Kekerapan penggunaan Dewan Besar Al-Falah SRA Seksyen 3, dengan pelbagai aktiviti dalaman maupun pihak luar, pihak pentadbiran dengan kerjasama PIBG SRA Seksyen telah mengambil keputusan menaiktaraf dengan memasang penghawa dingin. Kos tersebut dibiayai sepenuhnya oleh dana yuran bulanan PIBG.

            Pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah memilih SRA Seksyen 3 sebagai pilot projek Integrated & Holistic Education System (IHES) iaitu satu lagi nilai tambah dalam proses pendidikan dan pentarbiyahan  bagi melahirkan generasi al-Quran melalui sistem pendidikan JAIS. Projek perintis ini adalah sebagai model bagi SAN yang lain.  

            Pada tahun 2013 Pn. Filzah bt Mohd Nor dilantik menjadi Guru Besar SRA Seksyen 3 Shah Alam bagi meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Pn. Azlinah yang bertukar perkhidmatan ke tempat yang baharu.

            Diharapkan SRA Seksyen 3 Shah Alam terus berkembang pesat dan maju dalam proses pendidikan dan pentarbiyahan bagi melahirkan generasi Al- Quran yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak.

Lokasi

Kedudukan


MOTTO, VISI DAN MISI SEKOLAH

MOTTO, VISI DAN MISI SEKOLAH




Dahulu...






Kini...