Di asaskan daripada
kesinambungan SRA Seksyen 11, Shah Alam yang telah ditubuhkan pada 1 Januari
1984 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada ketika itu hanya 2 orang
guru yang berkhidmat iaitu Ustaz Kamaruddin Bin Ngah Basir (Guru Besar) dan
Ustaz Munim Bin Hj Mokhtar (Pembantu). Sebelum tertubuhnya SRA Seksyen 3 pada
tahun 1997 murid-murid telah ditumpangkan di 8 buah bilik darjah di bangunan
Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ).
Setahun selepas itu pihak sekolah
telah menggunakan Surau Seksyen 3 dan Seksyen 4 untuk menempatkan murid-murid sesi
pagi dan petang. Pada tahun 1991, SRA Seksyen 3 telah siap dibina dan
murid-murid diarahkan untuk berpindah ke sekolah tersebut secara berperingkat.
Namun demikian bangunan tersebut masih belum mencukupi untuk menampung bilangan
murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa.
Pada tahun 1993, pihak sekolah telah
memohon kerjasama dari Masjid Negeri dan Surau Seksyen 4 untuk menampung
kekurangan tempat belajar. Pada Oktober 1994, bangunan tambahan 1 tingkat yang mempunyai 7 bilik darjah telah siap
dibina dan murid-murid yang dahulunya menumpang di SAMTTAJ Shah Alam
dipindahkan ke bangunan tersebut. Pada bulan Disember 1994 sebuah SRA telah ditubuhkan di Seksyen 19. Oleh itu,
pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan perindustrian dipindahkan ke sekolah
tersebut.
Pentadbiran pada peringkat awal
diterajui oleh Ustaz Hj Abdul Halim Bin Harun bermula pada tahun 1984 hingga ke
tahun 1994. Selepas 1 Julai 1994, Ustaz Sanusi Bin Sojo telah mengambil alih
tampuk kepimpinan sekolah bagi meneruskan kegemilangannya. Beliau telah bersara pada tahun 1999 dan
tugas Guru Besar di pangku oleh Ustaz Mohd Don Bin Raban sehingga Mac 2000
Pada 1 April 2000, Ustaz Maskor Bin
Hj Jemenin telah ditugaskan sebagai Guru Besar yang baru. Beliau telah
meneruskan usaha untuk menaiktaraf dan memohon bangunan tambahan bagi menampung
pelajar 500 orang murid yang terpaksa menumpang belajar di SK Seksyen 6 ( 1 )
dan menggunakan sebanyak 10 bilik darjah di sekolah tersebut. Akhirnya pada 1
Mac 2002, peruntukan sebanyak 1.95 juta telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri
untuk membina 2 blok bangunan tambahan yang mempunyai 30 bilik darjah, bilik
mesyuarat dan surau serta kelengkapan lain. Bangunan tersebut telah siap dan
dapat digunakan untuk sesi persekolahan pada tahun 2003.
Pada tahun 2007, Ustaz Zaidi Bin Mohd
Nusran telah menggantikan Ustaz Maskor Bin Hj Jemenin yang berpindah ke SRA Kg
Melayu Subang. Di bawah pentadbiran Ustaz Zaidi Bin Mohd Nusran dengan
kerjasama pihak PIBG sekolah, Bilik ICT, Bilik Gerakan PIBG dan kerja
menaiktaraf Dewan Al-Falah serta Bilik Guru Perempuan dan Lelaki telah dapat direalisasikan.
Pada 1 Mei 2010 Puan Azlinah Bt Hj
Paiman telah ditugaskan sebagai Guru Besar menggantikan tempat Ustaz Zaidi Bin
Mohd Nusran. Semasa pentadbiran beliau, infrastruktur dan prasarana sekolah terus
di pertingkat dan di naiktaraf. Pada tahun 2011, SRA Seksyen 3 telah mendapat
peruntukan dari Lembaga Zakat Selangor untuk baikpulih dan mengecat bangunan.
Selain dari itu penambahan tempat wuduk bagi murid lelaki antara Blok A dan
Blok B.
Dengan kedudukan yang strategik di
tengah-tengah pusat bandaraya Shah Alam, SRA Seksyen 3, telah dipilih sebagai
pusat kegiatan guru (PKG) bagi daerah Petaling. Bagi tujuan itu, sebarang
aktiviti samada kursus, bengkel, mesyuarat atau seminar guru-guru daerah
Petaling dijalankan di SRA Seksyen 3. Dengan dana kewangan sedia ada pihak
sekolah sentiasa memastikan kemudahan infrastruktur terus diambil berat
khususnya bagi warga sekolah.
Kekerapan penggunaan Dewan Besar
Al-Falah SRA Seksyen 3, dengan pelbagai aktiviti dalaman maupun pihak luar,
pihak pentadbiran dengan kerjasama PIBG SRA Seksyen telah mengambil keputusan
menaiktaraf dengan memasang penghawa dingin. Kos tersebut dibiayai sepenuhnya
oleh dana yuran bulanan PIBG.
Pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan
Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah memilih SRA Seksyen 3 sebagai pilot
projek Integrated & Holistic Education System (IHES) iaitu satu lagi nilai
tambah dalam proses pendidikan dan pentarbiyahan bagi melahirkan generasi al-Quran melalui
sistem pendidikan JAIS. Projek perintis ini adalah sebagai model bagi SAN yang
lain.
Pada tahun 2013 Pn. Filzah bt Mohd
Nor dilantik menjadi Guru Besar SRA Seksyen 3 Shah Alam bagi meneruskan legasi
kecemerlangan yang ditinggalkan oleh Pn. Azlinah yang bertukar perkhidmatan ke
tempat yang baharu.
Diharapkan SRA Seksyen 3 Shah Alam
terus berkembang pesat dan maju dalam proses pendidikan dan pentarbiyahan bagi
melahirkan generasi Al- Quran yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan